Siasatan insiden lombong emas: Tindakan pantas tangani kebimbangan pencemaran sianida sungai di Tawau

LocalEnvironment
10 Jun 2025 • 8:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dikerah untuk menyiasat kemungkinan berlakunya pencemaran sisa toksik sianida susulan insiden benteng takungan air sebuah lombong emas pecah pada 17 Mei, yang dikhuatiri melimpah masuk ke Sungai Kalumpang, di sini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan memuji tindakan pantas pihak berkuasa, menyebut tindakan penguatkuasaan mereka tepat dan perlu untuk melindungi kesihatan awam dan alam sekitar.

Sokongan turut diberikan terhadap keputusan-keputusan penting yang diambil terutamanya berkaitan tindakan penguatkuasaan dan arahan larangan beroperasi di kawasan kolam takungan lombong emas terlibat, analisa sampel dan pemantauan atau langkah berjaga-jaga terhadap tahap kesihatan penduduk sekitar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Nizam berkata, setiap aktiviti yang berpotensi memberikan kerosakan kepada alam sekitar harus diambil tindakan tegas khususnya jika didapati wujud ketidakpatuhan terhadap garis panduan atau undang-undang ditetapkan.

“Kita sudah pasti menyokong segala tindakan yang diambil untuk memastikan aktiviti perlombongan, carigali atau pembinaan di negeri ini mematuhi syarat dan peraturan yang termaktub dalam memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara.

“Tindakan yang diambil oleh jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan organisasi-organisasi lain adalah wajar,” katanya di sini, pada Ahad.

Nizam mengulas langkah proaktif jabatan dan agensi kerajaan seperti JPAS, MPT, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah (JPNS) selepas menerima aduan awam berikutan insiden yang dilaporkan pada 17 Mei lepas.

Mengulas lanjut, Nizam berharap pemain-pemain industri dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk memastikan alam sekitar daripada sebarang pencemaran hingga mendatangkan kesan buruk kepada anggota masyarakat.

“Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi kerajaan sudah mengambil langkah-langkah yang perlu apabila mendapat aduan awam dan perkara ini sudah diambil tindakan, terutama sekali berkaitan langkah-langkah keselamatan,” katanya.

Antara tindakan yang sudah diambil adalah larangan terhadap pemain industri untuk beroperasi di kawasan kolam takungan berkenaan yang berkuatkuasa serta-merta bermula 27 Mei oleh pihak JMG.

Pada masa sama pihak JPAS turut menganalisa kemungkinan risiko dan tahap pencemaran yang timbul berikutan insiden terbabit dengan mengambil sampel di sekitar lokasi kejadian sehingga Sungai Kalumpang.

Langkah berjaga-jaga diambil oleh pihak JKNS terutama sekali berhubung pemantauan tahap kesihatan penduduk sekitar yang tinggal berhampiran lokasi kejadian.

Mesyuarat Tindakan Bencana Daerah yang dipengerusikan Presiden MPT juga sudah diadakan dengan memberikan fokus terhadap insiden terbabit terutamanya berkaitan langkah-langkah perlu yang boleh diambil.

View Original Article