Siasatan Kes Zayn Rayyan telah melebihi 90%, tangkapan suspek akan dilakukan dalam masa terdekat – KPN

9 Jan 2024 • 7:27 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Perkembangan terkini kes Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin memaklumkan, siasatan kes berkenaan sudah melebihi 90 peratus dan akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat.

“Kita sekarang ke arah mengumpulkan risikan-risikan untuk memulakan tangkapan ke atas suspek-supek yang kita agak mempunyai lebih 50 peratus keterangan yang berdekatan,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Razarudin juga memaklumkan motif kejadian masih dalam siasatan.

“…motif ini sangat penting. Kalau kita lihat Allahyarham Zayn Rayyan ini budak 6 tahun. Kita tak tahu apa motif untuk dia dibunuh, sedangkan dia kanak-kanak Autisme,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula ahli keluarga dan saksi kejadian untuk membantu siasatan.

Terdahulu Zayn Rayyan dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama dengan ibunya. Pada malam 6 Disember, Zayn Rayyan ditemui tidak bernyawa di sebuah takungan air kira-kira 200 meter dari ruamhnya di Apartment Idaman Damansara Damai.

Siasatan mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian badan dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!