Siasatan polis tanpa mengira ahli politik kerajaan atau pembangkang

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 2:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Siasatan polis tanpa mengira ahli politik kerajaan atau pembangkang

PUTRAJAYA: Polis akan menjalankan siasatan terhadap setiap laporan yang diterima tanpa mengira sama ada ia membabitkan penyokong kerajaan atau pembangkang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan polis itu penting bagi menepis tanggapan kononnya penguatkuasaan undang-undang lebih lunak atau lembut apabila melibatkan penyokong kerajaan.

Katanya, polis perlu melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap semua laporan yang diterima tanpa sebarang sekatan atau pilih kasih.

“Pihak polis juga sering berdepan tohmahan kononnya mengamalkan siasatan terpilih selain pendakwaan terpilih oleh pihak Peguam Negara.

“Hakikatnya bahawa ada kenyataan, ada laporan polis dibuat, polis buka. Itu saya serahkan kepada profesionalisme pasukan polis,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan laporan polis berhubung tindakan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan polis tidak seharusnya dilihat sebagai memihak kepada mana-mana pihak kerana prinsip keadilan perlu terpakai kepada semua.

“Tak kira siapalah. Siapa saja. Kita tak ada sekatan apa-apa. Cuma kita tak nak pembangkang kalau kena pula pada tokoh pembangkang, tengok, tindakan polis cepat, ini tindakan terpilih.

“Tapi bila kena kepada penyokong kerajaan kemudian, tak bolehlah macam itu. Berlaku adil buat semua,” katanya. – UTUSAN

The post Siasatan polis tanpa mengira ahli politik kerajaan atau pembangkang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved