Siasatan Selesai, Letupan Paip Gas Di Putra Heights Tiada Unsur Khianat Atau Kecuaian

LocalPolitics
30 Jun 2025 • 6:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kebakaran putra heights

Terkini! Siasatan terperinci kes letupan saluran paip gas di Putra Height mendapati tiada unsur khianat atau kecuaian.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dilakukan secara menyeluruh termasuk memproses lokasi kejadian, mengambil sampel serta merakam percakapan lebih 200 saksi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Siasatan rapi libatkan 212 saksi

image is not available

Menurut Datuk Hussein, siasatan dijalankan mengikut beberapa seksyen di bawah Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 435 (khianat), Seksyen 285 (kecuaian) dan Seksyen 286.

Antara pihak yang dirakam percakapan termasuklah mangsa, wakil Petronas, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), pemaju, kontraktor serta saksi bebas.

Hasil siasatan pembinaan lot kedai di kawasan kejadian adalah mengikut garis panduan dan tiada kerja pembinaan terkesan dan aktiviti kerja berakhir 30 Mac lalu.

Beliau turut menjelaskan bahawa bacaan tekanan gas adalah normal sebelum kejadian dan hanya menurun mendadak pada hari letupan berlaku.

Pssttt! Walaupun kejadian ini menimbulkan kebimbangan ramai, sekurang-kurangnya siasatan terperinci telah memberikan kejelasan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.