Siasatan Tabung Haji demi pertahan amanah, maruah umat Islam

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 11:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Siasatan Tabung Haji demi pertahan amanah, maruah umat Islam

MELAKA, 8 OKT: Pembentangan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Tabung Haji di Parlimen bertujuan membersihkan institusi itu daripada salah laku dan menuntut keadilan demi maruah umat Islam di Malaysia.

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Amirudin Shari berkata tindakan membongkar penyelewengan berkenaan bukan bermaksud memalukan institusi pengurusan haji berkenaan seperti didakwa oleh segelintir pihak sebaliknya memastikan amanah penyimpan terpelihara.

"Sebab itu kita minta benda ini dibentangkan, kita minta benda ini dibicarakan, kita minta benda ini dibawa ke pengadilan," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Skandal Tabung Haji: Siapa Khianat Orang Melayu Islam? di Bilik Gerakan Utama HARAPAN di Bukit Baru di sini malam ini.

Naib Presiden KEADILAN itu turut mengingatkan rakyat supaya memilih barisan kepimpinan yang telus dan tidak memperalat isu perkauman semata-mata demi kelangsungan kuasa politik.

Menteri Besar Selangor itu berkata amalan politik sempit yang memanipulasi kebimbangan rakyat kini semakin ditolak oleh masyarakat yang mahukan tatakelola bersih dan integriti.

"Sebab itu pada waktu ini, ada gabungan-gabungan (politik) baharu sebab (mereka) tahu rakyat telah menolak politik kaum ini, ingin bangunkan Melayu, bangsa dengan maruah serta menolak mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Politik-politik ketakutan yang selama ini menjadi mainan politik sebahagian orang sudah tidak laku dan mereka sudah tidak layak untuk memimpin negara pada hari ini dan pada masa depan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved