Siasatan teknikal insiden Putra Heights selesai hari ini

26 Jun 2025 • 8:15 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 26 JUN: Hasil siasatan teknikal insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya akan selesai hari ini, mengikut jangkaan yang ditetapkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor Jay Jay Denis bagaimanapun berkata laporan hasil siasatan yang akan diumumkan kepada umum itu masih dalam proses penyediaan oleh pasukan penyiasat.

“Berkenaan siasatan kebakaran saluran paip gas Putra Heights, saya ingin maklumkan siasatan dijadualkan siap esok (hari ini). Kemudian pasukan penyiasat akan menyiapkan laporan siasatan itu.

“Maklumat pengumuman hasil siasatan akan dikongsikan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Selangor semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata laporan teknikal berhubung insiden yang berlaku pada 1 April itu, dijangka dilengkapkan pada 26 Jun.

Beliau berkata laporan siasatan itu juga akan diselaraskan dengan hasil siasatan jenayah, sebelum dimaklumkan kepada umum.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved