Siasatan terhadap TH, Felda perlu telus dan segera

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 1:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Siasatan terhadap TH, Felda perlu telus dan segera

BANGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dijalankan secara telus serta segera.

Beliau berkata, sebarang permasalahan yang berlaku perlu dikenal pasti secara menyeluruh dan tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa tindakan.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu turun ke lapangan dan memahami permasalahan sebenar, bukannya hanya bergantung kepada laporan di peringkat pengurusan.

“Pertamanya, kita harus tahu sepenuhnya permasalahan. Masalah besar ini bukan masalah yang menjadi tanggungjawab Perdana Menteri untuk mengurus semuanya. Kita harus tahu apa isu sebenar.

“Bukan masalah duduk di pejabat. Sudah di lapangan, kita tahu permasalahan,” katanya dalam ucapan Program Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurus Felda 2026 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, perkara itu turut dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mahukan siasatan terhadap TH diikuti Felda dilaksanakan secara terus.

“Tindakan tegas terhadap kalangan yang telah merosakkan kerana nafsu serakah mereka,” katanya.

Anwar berkata, sebarang isu membabitkan pengurusan, peraturan dan keputusan perlu ditangani secara serius, termasuk memastikan tindakan susulan dibuat terhadap sebarang pelanggaran yang boleh menjejaskan kepentingan kerajaan dan negara.

Beliau menegaskan, masalah yang telah dikenal pasti tidak seharusnya hanya dibentangkan kepada pihak tertinggi sebelum tanggungjawab penyelesaiannya diserahkan kepada pihak lain.

“Saya mahu semua masalah ini diurus dengan serius. Kalau ada masalah, kita mesti tahu masalahnya dan kita mesti ambil tindakan,” katanya.

Anwar meminta semua pihak bertanggungjawab supaya bekerja lebih keras, fokus dan prihatin dalam memastikan setiap keputusan serta tindakan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan segera.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh menggunakan alasan masalah legasi atau tanggungjawab lama untuk terus menangguhkan penyelesaian terhadap isu yang telah dikenal pasti.

“Saya mahu urus keseluruhan masalah ini benar-benar padat. Bukan kerana maksud untuk kadang-kadang mengasal lelah, tetapi tahu bahawa masalah ini mesti dijawab dengan tindakan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri menegaskan siasatan terhadap dakwaan salah laku yang didedahkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH dan Felda tidak didorong unsur dendam politik.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan mencampuri urusan siasatan atau keputusan pendakwaan kerana ia adalah bidang kuasa agensi penyiasat dan Peguam Negara. – UTUSAN

The post Siasatan terhadap TH, Felda perlu telus dan segera appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved