Siasatan terperinci nahas babitkan kenderaan FRU – Shamsul Anuar

13 May 2025 • 1:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

LENGGONG, 13 MEI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci nahas yang mengorbankan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) melibatkan sebuah trak FRU dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampan, di Teluk Intan pagi ini.

Merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa, Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah sewajarnya akan diambil termasuk dalam soal kebajikan waris dan sebagainya.

“Saya mengharapkan ahli keluarga mangsa yang terkorban tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan yang berlaku ini.

“Saya juga yakin bukan hanya siasatan malah pihak polis juga akan membantu mengambil langkah sewajarnya dalam soal kebajikan mereka,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pengoperasian Pondok Polis Sementara Kampung Beng di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr. Bakri Zainal Abidin ketika dihubungi berkata setakat ini sembilan anggota FRU terkorban dalam nahas yang berlaku pada 8.54 pagi membabitkan lori FRU dengan 15 penumpang serta pemandu di dalamnya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved