SIBF 2024 perkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat literasi serantau

18 Dec 2024 • 4:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 DIS: Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memperkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat literasi serantau.

Ketua Unit Korporat PPAS Zafrullah Aris berkata ini berikutan penganjurannya mengangkat karya tempatan ke peringkat antarabangsa melalui penyertaan rakan industri buku sebagai felo.

image is not available
Ketua Bahagian Unit Korporat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Zafrullah Aris ketika ditemui di Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

“Antara negara terlibat ialah Jepun, India, Algeria, United Arab Emirates, Vietnam, Thailand dan Filipina. Pemilihan China sebagai Negara Fokus sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia- China dan penglibatan Kedutaan Rusia melalui Russian House in Kuala Lumpur memberikan dimensi antarabangsa yang lebih mendalam.

“Seramai 320 pempamer termasuk dari Singapura, Indonesia dan China mengambil bahagian meliputi bahan bacaan pelbagai genre dengan aktiviti antaranya pentas utama, piano kanak-kanak dan pentas akademik,” katanya dalam kenyataan.

image is not available
Pengunjung memilih buku direruai pameran Book Cafe dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, pesta buku sempena Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) pada 27 November hingga 3 Disember lalu menarik sekitar 230,000 pengunjung.

Disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, SES dan SIBF berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian menarik untuk semua lapisan umur.

Turut berlangsung Ekspo Penyelidikan dan Inovasi Selangor (SRIE), Ekspo Pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Selangor serta Worldskills Malaysia Selangor 2024.

image is not available
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi EXCO Belia Najwan Halimi (kiri) dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad berkenan berangkat pada Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 27 November 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

image is not available
Pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba sukan memanah pada Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada 30 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

image is not available
Pengunjung memilih buku terjemahan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) sempena hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 3 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

image is not available
Kanak-kanak mencuba robot kawalan jauh di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR