#SiBibirMerah: Gerai nasi lemak ‘diserang’ pesaing tular, dipaksa tutup gara-gara jual menu sama

12 Oct 2022 • 1:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

GERAI nasi lemak ‘diserang’ baru-baru ini tular. Video yang memaparkan perselisihan faham antara peniaga-peniaga nasi lemak dipercayai berlaku di sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur berlegar di laman sosial menimbulkan pelbagai reaksi warga maya.

Menerusi video yang tular dan dimuat naik semula di pelbagai akaun media laman sosial, wanita dan lelaki dipercayai peniaga nasi lemak yang telah lama berniaga bertindak menyerang penjaja terbabit gara-gara tidak puas hati setelah mendapati menu jualan adalah sama.

Tidak sekadar itu, peniaga berkenaan mendakwa diberi mandat daripada pihak berkuasa tempatan dan mengarahkan gerai pesaing tidak beroperasi pada waktu perniagaan mereka iaitu bermula jam 8.30 pagi.

Video berdurasi tiga minit 17 saat itu menerima pelbagai respons daripada warga maya. Ada diantara mereka mengatakan hasad dengki tidak akan membawa ke arah kebaikan dan kemajuan.

image is not available
Tangkap layar video yang tular.

-“Tidak guna bagi pendapat, sifat hasad dengki sudah ada dalam diri sejak azali lagi. Pacak sahaja notis di situ, tidak dibenarkan meniaga dikawasan ini.”

-“Salah satu faktor utama kenapa peniaga Melayu susah maju kerana mereka terlalu sibuk untuk iri hati dengan orang lain.”

-“Ya ALLAH, inilah Melayu, hasad dengki. Rezeki itu ALLAG yang gerakkan, istighfar dan bawa mengucap.”

-“Pindahlah kak, insya-ALLAH rezeki ada tempat lain…”

-“Nampak gayanya tak ke mana kalau dalam hati ada hasad dengki. Ingatlah rezeki ALLAH itu luas.”

-“Sama-samalah kongsi rezeki. “

image is not available
Kredit foto: Pixabay

Terdapat juga warganet yang memberi pendapat agar peniaga yang berdekatan tidak menjual menu yang sama untuk mengelakkan masalah dan mengekalkan hubungan yang harmoni.

-“Peraturan mudah jika hendak berniaga, tinjau tempat dan tanya orang sebelah bolehkah berniaga di situ. Tengok menu orang sebelah, jika sama, elakkan dan buat menu lain yang tiada. Mudah saja, tidak perlu bergaduh. Memang rezeki masing-masing, tapi mana datangnya rezeki kalau begini.”

-“Orang sudah lama jual nasi lemak di situ, anda pun jual nasi lemak juga. Banyak lagi benda lain yang boleh dijual.”

image is not available
Kredit foto: Pexels

Rezeki masing-masing namun berkongsi rezeki adalah lebih baik. Mungkin juga pihak yang satu lagi juga perlu bertolak ansur dengan menjual menu lain yang tidak dijual pesaing.

 

Kredit gambar utama: Pexels

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi