‘Sibu Keras Boss’, Olahan Hilux Dan Lori Lawan Divider Jalan Sempat Dirakam Dashcam Netizen

18 May 2023 • 4:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di Sibu

Sibu Keras Boss’, Olahan Hilux Dan Lori Lawan Divider Jalan Sempat Dirakam Dashcam Netizen. Jika sebelum ini anda dah biasa lihat kenderaan buat U-Turn haram di lampu trafik, kali ini terdapat satu video yang sempat dirakam dashcam kereta telah tular di laman sosial.

Dalam video rakaman dashcam tersebut memaparkan bukan satu tetapi dua buah kenderaan langgar divider di jalan di Sibu.

image is not available
‘Sibu Keras Boss’, Olahan Hilux Dan Lori Lawan Divider Jalan Sempat Dirakam Dashcam Netizen

Bukan satu tetapi dua kenderaan yang melakukan kesalahan yang sama

Pada awal video tersebut kelihatan sebuah lori sedang membelok tanpa menghiraukan divider tersebut lalu diikuti oleh kenderaan Hilux di belakang. Walaupun divider kelihatan sedikit rendah dari biasa, ia bukan lah satu greenlight untuk anda melanggar peraturan jalan kerana ia boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan yang lain.

Rakaman video tersebut telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Irwan Ismail dan raih perhatian netizen Sarawak.

image is not available
Kredit: FB Irwan Ismail

Lihat video penuh di bawah:

‘Sibu keras boss!’ – netizen

Rata-rata netizen turut merasa geram dengan tindakan kedua buah kenderaan gergasi tersebut. Ada juga yang sudah merasa lali dengan kejadian tersebut kerana ada yang mengatakan bahawa ianya ‘normal’ di Sibu.

Perlu diingatkan bahawa memotong divider sama ada itu sementara ataupun menetap adalah merupakan satu kesalahan jalan raya yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan yang lain. Peraturan jalan raya perlu dihargai oleh semua pemandu di jalan raya.

image is not available
Kredit: FB Irwan Ismail

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: