“Sibuk Nak Berjantan Aje” – ‘Upload’ Video Tunjuk Kekasih Baru, Netizen Ungkit Isu Rumah Tangga Ashira Dengan Bad Indigo

29 Nov 2022 • 12:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 38, baru-baru ini membuat hantaran di laman TikTok menunjukkan kekasih baharunya.

Menerusi entri tersebut, Ashira menerangkan bahawa posting itu dibuat sempena 90 hari mereka bersama.

90 days today. Thank you my love.”

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata menyokong perhubungan kedua pasangan berikut dan berharap hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

image is not available

Akan tetapi, menerusi komen di sebuah forum hiburan, ada juga segelintir warganet yang mengambil peluang mengkritik hubungan berkenaan serta membangkitkan isu rumah tangga Ashira dengan bekas suami, Bad Indigo.

image is not available

Sekadar info, Ashira sebelum ini pernah didakwa meninggalkan Bad Indigo kerana penyakit yang dihidapi bekas suaminya itu.

Namun, Bad menjelaskan punca penceraian berlaku adalah kerana sikap tidak jujurnya merahsiakan penyakit yang dialami daripada Ashira.

image is not available 2 bulan lalu

"Saya Yang Selfish Masa Tu" - Bad Indigo Akhirnya Buka Mulut, Dedah Punca Cerai Dengan Ashira