Sidang Dewan Rakyat Ditambah 2 Hari Pada 3 Dan 4 April - Speaker

Politics
28 Feb 2023 • 11:16 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Johari Abdul - Gambar dari Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 ditambah dua hari lagi iaitu pada 3 dan 4 April, menjadikan tempoh bersidang keseluruhan selama 31 hari.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata pindaan berkenaan ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis Mesyuarat selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ini bagi membolehkan beberapa rang undang-undang dan urusan kerajaan dapat dibentangkan dan diputuskan di Dewan Rakyat. Notis bertulis akan diberikan kepada ahli yang berhormat selepas ini,” katanya sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(2), dengan tertakluk kepada syarat-syarat perenggan (1) Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan, sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap Penggal, tarikh-tarikh Majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu.

Bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Persidangan Dewan Rakyat sebelum ini dijadual tamat pada 30 Mac. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved