Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum akan pelaksanaan penutupan jalan dan kawalan keselamatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung pada 26-28 Mei 2025 di Kuala lumpur yang melibatkan kawasan di sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya).
KPT beri kemudahan Pdp atas talian sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

Foto: Carian Google
Cakna dan prihatin terhadap kesejahteraan warga selaras nilai teras Malaysia MADANI, KPT akan memberikan kemudahan kepada Institusi Pendidikan Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) untuk membuat pilihan menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal.
Setiap IPT diminta untuk membuat semakan lokasi, masa dan tarikh laluan yang ditutup sepanjang 26-28 Mei ini untuk menentukan keperluan bagi PdP secara dalam talian bagi memastikan warga tidak terkesan dengan kesesakan aliran trafik.
Artikel lain: Sidang Kemuncak ASEAN: Guru Diminta Kekal Di Rumah Sepanjang PdPR, Tidak Pulang Ke Kampung
Pelajar dan warga IPT yang terkesan turut boleh berhubung dengan IPT masing-masing bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Foto: Malay Mail
Kementerian yakin dengan PdP secara dalam talian ini akan memberi kemudahan kepada warga untuk merancang pergerakan dan dalam masa sama memastikan proses PdP dapat berjalan dengan lancar.
The post Sidang Kemuncak ASEAN: KPT Beri Kemudahan PdP Secara Dalam Talian appeared first on Borak Daily.


