Sidang Kemuncak ASEAN: PLUS Tutup Jalan Untuk Lancarkan Perjalanan Delegasi

LocalPolitics
22 May 2025 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan terjejas mulai esok sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

PLUS berkata, penutupan laluan yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai esok hingga 26 Mei dan pada 28 Mei ini, turut membabitkan beberapa jajaran di lebuh raya kendaliannya.

Antaranya, laluan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Putrajaya di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Subang-Jalan Duta di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), dan Sungai Buloh-Jalan Duta di Lebuh Raya Utara-Selatan.

image is not available

Penutupan laluan terbabit akan bermula seawal jam 7 pagi pada 23 hingga 26 Mei, manakala pada 28 Mei pula dijadualkan bermula jam 8 pagi.

"PLUS akan bersiap sedia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kelancaran operasi lebuh raya sepanjang tempoh itu, serta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, khususnya anggota trafik yang bertugas, untuk melancarkan pergerakan delegasi," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai digalak menggunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze untuk merancang perjalanan dengan lebih efisien.