Sidang Kemuncak ASEAN: PM Anwar bayangkan Trump, Jinping akan bertemu

8 Aug 2025 • 3:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa empat tokoh berpengaruh dunia dijangka hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal berlangsung Oktober ini.

Sidang Kemuncak ASEAN dua bulan lagi

Menurut laporan Malaysia Gazette, antara yang disebut ialah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Presiden China, Xi Jinping; Presiden Brazil, Lula Da Silva; serta Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.

image is not available

Foto: Bernama

Kehadiran mereka dijangka menjadikan sidang kali ini sebagai perhimpunan bersejarah yang menghimpunkan kuasa-kuasa besar dunia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pemimpin negara-negara ASEAN pastinya menantikan detik itu kerana ia berpotensi membawa impak besar kepada rantau ini.

image is not available

Foto: Bernama

“Ia bakal menjadi satu perhimpunan yang menghimpunkan pusat kuasa dan pengaruh utama dunia.

“Kita amat menantikan kehadiran ketua-ketua kerajaan ASEAN serta rakan dialog kita termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan saya percaya Presiden Xi Jinping dari China.

“Selain itu, kita turut menerima petunjuk positif mengenai kehadiran Presiden Brazil, Lula da Silva, dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa yang masing-masing kini memegang jawatan Presiden BRICS dan G20.

“Ujian yang lebih besar adalah kita mahu memastikan mereka meninggalkan Malaysia dan ASEAN dengan memberi manfaat sepenuhnya,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari ASEAN ke-58 di Cyberjaya, hari ini.

image is not available

Foto: Bernama

Minggu lalu, Anwar mengumumkan bahawa Trump telah mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober depan.

Difahamkan, pengesahan tersebut dibuat dalam perbualan telefon bersama Trump semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohammad Arif Nizam)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved