Sidang Kemuncak R20 Dan G20 Kumpul Pemimpin Agama Seluruh Dunia, Bincang Isu Konflik Semasa

4 Nov 2022 • 10:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sidang Kemuncak R20 Dan G20 Kumpul Pemimpin Agama Seluruh Dunia, Bincang Isu Konflik Semasa

Presiden Indonesia mewakili negara Islam yang paling ramai penduduknya, mempengerusikan sidang kemuncak G20 yang telah diadakan di pulau Bali, Indonesia.

Sidang kemuncak ini turut dihadiri dua negara yang sedang berperang iaitu Ukraine dan Rusia. Pemimpin dari negara timur dan barat berkumpul dalam keadaan kegawatan geopolitik dan krisis ekonomi yang semakin mencengkam.

Ketika ini, kebanyakan negara sedang melalui fasa pemulihan daripada wabak yang telah mengganggu emosi penduduk dunia selama lebih daripada dua tahun.

Melalui sidang kemuncak ini yang mengumpulkan pemimpin-pemimpin bagi 20 negara, sidang ini akan membincangkan isu kewangan, parlimen berpelembagaan dan lain-lain isu berbangkit berkaitan dengan agama bagi mendapatkan gambaran yang sebenar dan mencari jalan keluar bagi mencapai keharmonian dalam menangani konflik semasa.

image is not available

Buat kali pertama, suatu sesi persidangan ekonomi antarabangsa, yang dipengerusikan negara yang 1/3 penduduknya beragama Islam, Indonesia telah diisytihar sebagai ketua bagi R20 kerana kepelbagaian agama penduduknya.

Sidang kemuncak R20 ini dikendalikan Persatuan Kebangkitan Ulama Indonesia yang mempunyai 120 juta pengikut dan peserta yang diasaskan bersama Liga Dunia Islam, yang berpusat di Mekah al-Mukarramah, yang mana liga ini diketuai Syeikh Dr. Muhammad bin Abdul Karim Al-Issa.

image is not available

Ini merupakan inisiatif bagi membina permuafakatan antara negara timur dan barat supaya dunia ini menjadi medan persefahaman dan selamat, serta menjadi medan pertemuan yang hidup dan harmoni.

Sesi dialog dimulakan dengan dialog berasaskan agama dan pemikiran, seterusnya diberi galakkan untuk mengeratkan kerjasama antara agama, kebudayaan dan prinsip kesederhanaan dalam menghadapi ekstremisme.

Di samping itu, setiap negara dinasihatkan mengetepikan cabaran dan mengambil peluang untuk mencari titik persamaan dalam beragama bagi menghasilkan penyelesaian yang mampan dan lebih konkrit.

image is not available
Tuan Yang Terutama Setiausaha Agung Liga Dunia Islam dan Pengerusi Persatuan Ulama Islam, Sheikh Dr. Muhammad bin Abdulkarim Al-Issa (kanan) bersalaman dengan tokoh agama Kristian yang turut serta dalam program R20

Dengan adanya persidangan R20 ini, yang mengumpulkan ketua-ketua agama dari serata dunia, sidang bercadang untuk menetapkan satu protokol nilai kemanusian dan moral yang dapat mengukuhkan hubungan antarabangsa.

Persidangan yang dihadiri ketua-ketua agama dari serata dunia ini, dibuat sebagai kesinambungan, penganjuran Liga Dunia Islam terhadap persidangan ulama Islam Asia Tenggara, yang telah diadakan di Kuala Lumpur, pada pertengahan tahun ini, yang dihadiri pemimpin dari 44 buah negara dan ketua-ketua agama dari 17 buah negara dan telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub.

Selain itu, telah diadakan lawatan ke negara Thailand dan perjumpaan dengan ketua-ketua agama mereka yang berbeza dari sudut budaya dan keagamaan bagi menunjukkan Islam ialah agama yang mengangkat ketamadunan, meraikan perbezaan dan menghormati sesama manusia.

image is not available
Dr.Mohammed Gharawi, Wartawan dan penulis Saudi

View Original Article