Sidang Rakan Dialog ASEAN bermula

WorldPolitics
6 Sep 2023 • 12:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (dua dari kanan) bersama pemimpin negara anggota ASEAN bergambar pada Sidang Kemuncak ASEAN-China 2023 ke-26 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Rabu. - Foto Bernama

JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi rakyat Malaysia menghadiri kesemua siri mesyuarat pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di sini, hari ini.

Persidangan yang diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta itu bermula dengan beliau menyertai Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-26, dihadiri oleh pemimpin ASEAN dan Perdana Menteri China, Li Qiang.

Ini adalah sidang kemuncak pertama Anwar dengan China dan akan diikuti dengan enam lagi Rakan Dialog ASEAN, iaitu Australia, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

Pada sebelah petang, beliau akan menyertai pemimpin serantau untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT) ke-26 yang akan turut dihadiri oleh pemimpin China, Korea Selatan dan Jepun.

Di tengah-tengah pertemuan ini, Anwar juga dijadualkan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala termasuk dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol.

Selepas itu, beliau dan para pemimpin ASEAN akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-11 sebelum menghadiri majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak itu.

Sidang Kemuncak yang diadakan sejak semalam hingga Khamis adalah sebahagian daripada kepimpinan Indonesia sebagai Pengerusi ASEAN di bawah tema "ASEAN Matters: Epicentrum of Growth”. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved