Sigma FP2 Dilancarkan Dengan Sensor Bingkai Penuh 24.5MP Dan Rakaman Video 6K

TechnologyDigital
26 Oct 2026 • 2:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sigma telah mengumumkan FP2, iaitu sebuah kamera bingkai penuh kompak yang dilengkapi sensor 24.5MP CMOS bertindan dan sistem L-Mount. Dengan rekaan yang kecil serta ringan, FP2 ditawarkan untuk pengguna yang mahukan prestasi tinggi tanpa perlu membawa sistem kamera yang lebih besar.

Image from: Sigma FP2 Dilancarkan Dengan Sensor Bingkai Penuh 24.5MP Dan Rakaman Video 6K

FP2 mampu merakam sehingga 20 bingkai sesaat dengan kapasiti sehingga 200 imej dalam satu sesi rakaman. Sistem autofokusnya turut menyokong pengesanan manusia, haiwan dan burung bagi memudahkan proses penjejakan subjek yang bergerak. Sigma turut melengkapkan kamera ini dengan storan dalaman 70GB yang membolehkan foto dan video disimpan terus pada kamera selain menggunakan kad SD.

Image from: Sigma FP2 Dilancarkan Dengan Sensor Bingkai Penuh 24.5MP Dan Rakaman Video 6K

Kamera ini turut menawarkan sehingga 7 hentian tambahan pada ISO 1250 dan ke atas yang memberikan lebih ruang untuk suntingan serta pelarasan warna selepas rakaman dibuat. Sigma juga menyertakan 13 mod warna terbina yang boleh dipilih menerusi butang khas bagi menghasilkan kesan visual yang berbeza mengikut keperluan pengguna.

Image from: Sigma FP2 Dilancarkan Dengan Sensor Bingkai Penuh 24.5MP Dan Rakaman Video 6K

Untuk rakaman video, FP2 menyokong rakaman 6K Open Gate, rakaman 12-bit ProRes RAW terus ke storan SSD, audio 32-bit float serta julat dinamik sehingga 14.1 hentian. Kamera ini juga dilengkapi sistem Dual Base ISO yang membantu menghasilkan rakaman lebih baik dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Sigma turut memperkenalkan EVF-21 iaitu pemidang tilik elektronik yang direka khusus untuk digunakan bersama FP2.

Image from: Sigma FP2 Dilancarkan Dengan Sensor Bingkai Penuh 24.5MP Dan Rakaman Video 6K

FP2 dijual pada harga bermula AS$2,199 (~RM 8,976) untuk tubuh sahaja. Sigma turut menawarkan beberapa pakej lain pada harga AS$2,749 (~RM11,221) yang digabungkan dengan aksesori termasuk lensa Sigma I-Series 50mm F2 DG. Bagaimanapun, Sigma masih belum mengumumkan harga serta tarikh penawaran rasmi untuk pasaran Malaysia.

Sumber: FP2

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved