Signature Alliance Group meterai perjanjian taja jamin dengan 2 firma pelaburan menjelang IPO di Pasaran ACE

LocalBusiness & Finance
15 Apr 2025 • 5:59 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Signature Alliance Group meterai perjanjian taja jamin dengan 2 firma pelaburan menjelang IPO di Pasaran ACE

image is not available

15/04/2025 - 17:59

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 15 April - Signature Alliance Group Bhd (SAG), penyedia perkhidmatan hias dalaman dan pembinaan bangunan telah menandatangani perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn Bhd dan Affin Hwang Investment Bank Bhd (AHIBB) bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, tawaran awam permulaan (IPO) melibatkan terbitan sebanyak 260 juta saham baharu, bersamaan 26% daripada modal saham diperbesarkan sebanyak 1 bilion saham. Tiada saham sedia ada akan ditawarkan untuk jualan.

Daripada jumlah saham baharu tersebut, 50 juta saham diperuntukkan kepada orang awam melalui undian, 30 juta kepada pengarah, kakitangan SAG serta individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat menerusi borang merah jambu, 20 juta kepada pemegang saham layak Signature International Bhd (SIB), serta 160 juta akan ditempatkan kepada pelabur Bumiputera diluluskan MITI serta pelabur terpilih.

M&A Securities bertindak sebagai penaja jamin utama dan penasihat, manakala AHIBB sebagai penaja jamin bersama akan menaja jamin keseluruhan 100 juta saham baharu yang diperuntukan kepada orang awam, pemohon borang merah jambu, dan pemegang saham SIB yang layak.

Ia bertindak sebagai taja jamin utama dan penasihat, manakala AHIBB sebagai taja jamin bersama.

Kedua-duanya akan menjamin 100 juta saham yang diperuntukkan kepada orang awam, pemohon borang merah jambu, dan pemegang saham SIB yang layak.

SAG merupakan anak syarikat milik SIB yang terlibat dalam penyediaan kerja hias dalaman dan pembinaan.

Sepanjang tiga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 serta lapan bulan pertama FY2024, SAG telah menyiapkan 286 projek bernilai RM325.3 juta.

Setakat 31 Ogos 2024, syarikat mempunyai 57 projek aktif dengan nilai kontrak keseluruhan RM663.4 juta.

Daripada jumlah tersebut, RM417.8 juta atau 63.0% masih belum ditagih dan dijangka direalisasikan secara progresif dalam tempoh satu hingga dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SAG, Darren Chang berkata, hasil daripada IPO itu akan digunakan untuk menyokong rancangan pengembangan serta meningkatkan kecekapan operasi syarikat.

"Kami bercadang untuk menyatukan operasi korporat dan pengeluaran menerusi penubuhan pejabat dan kemudahan baharu di Selangor. Selain itu, kami juga akan memperbesar pejabat cawangan Pulau Pinang serta membuka pejabat baharu di Johor," katanya dalam satu kenyataan.

Dari segi prestasi kewangan, pendapatan SAG melonjak daripada RM73.4 juta (FY21) kepada RM173.4 juta (FY23), mewakili kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 53.7% dalam tempoh dua tahun.

Pemegang saham utama SAG termasuk SIB, Darren Chang, Mario Foo (pengarah eksekutif) dan Melvin Ng (promoter dan pemegang saham utama).

SAG dijangka disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Jun 2025.

M&A Securities bertindak sebagai taja jamin utama dan penasihat, manakala AHIBB sebagai taja jamin bersama serta ejen penempatan bersama bagi penyenaraian itu.- DagangNews.com

standard