Signboard Dah Dinaikkan, Ramai Teruja Dominos Bakal Buka Di Jalan Green Kuching

20 Apr 2024 • 5:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dominos bakal buka cawangan di Kuching tak lama lagi

Signboard Dah Dinaikkan, Ramai Teruja Dominos Bakal Buka Di Jalan Green Kuching. Baru-baru ini, Dominos telah memuatnaik iklan pekerjaan di 3 lokasi berbeza di Kuching menandakan bahawa mereka akan membuka cawangan pertama di Sarawak.

Hari ini di Jalan Green Kuching, Dominos telah menaikkan papan tanda restoran mereka.

image is not available
Signboard Dah Dinaikkan, Ramai Teruja Dominos Bakal Buka Di Jalan Green Kuching. Sumber foto: The Best of Borneo

Ramai teruja Dominos akan dibuka

Perkara ini telah mendapat sambutan daripada ramai di Facebook di mana rata-ratanya berasa teruja dengan pembukaan Dominos pertama di Sarawak.

Buat penggemar pizza, Dominos menawarkan pelbagai jenis pizza menarik dengan harga yang berpatutan buat para pelanggan mereka.

image is not available
Sumber gambar: Dominos

Cawangan lain Dominos di Kuching

Antara cawangan Dominos di Kuching yang akan dibuka selain di Jalan Green adalah di Tabuan dan juga Metrocity.

Kini, lebih banyak restoran terkemuka mulai membuka cawangan di Sarawak. Apa pendapat anda dengan perkembangan ini cuba komen di media sosial kami!

Lagi berita menarik untuk anda: