Sijil halal: Dr Muhamad Akmal beri keterangan esok

LocalPolitics
29 Sep 2024 • 12:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Muhamad Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada Ahad.

Dr Muhamad Akmal berkata, ia susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya mengenai isu kenyataan sijil halal yang dikeluarkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

“Insya-ALLAH, esok (Ahad) saya akan dipanggil IPD Jasin jam 10 pagi untuk disoal siasat.

“Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, jika takut dengan cabaran jangan sesekali dipanggil pejuang,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Sabtu.

Pada 12 September lalu, DAP Sarawak membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Dr Muhamad Akmal yang didakwa boleh menyebabkan perpecahan kaum di Malaysia termasuk di Sarawak.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal memaklumkan bahawa beliau sama sekali tidak akan menyerah kalah dan memohon maaf.

Jelasnya, beliau diajar untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri.

“Kamu yang buat hal, kamu yang nak ‘play victim’. Kita jumpa di mahkamah!” tegasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved