Sijil Halal Hotel Bertaraf 5 Bintang Di Bandar Hilir Ditarik Gara-Gara Anjur Parti Minuman Keras

LocalPolitics
26 May 2025 • 5:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kerajaan negeri menarik semula sijil halal dua buah hotel terkemuka bertaraf lima bintang di Bandar Hilir, Melaka selepas dikesan menganjurkan parti minuman keras pada awal bulan ini.

Memetik laporan Kosmo! Online, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri iaitu Datuk Rahman Mariman berkata, serbuan turut dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas menerima aduan daripada orang awam.

image is not available

gambar hiasan

Peralatan dapur bercampur

Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati pihak hotel telah menggunakan peralatan sama dapur yang sebelum ini telah mendapat pensijilan halal pada lima tahun lalu.

JAIM mendapati memang ada parti sedang berlangsung dan bekas digunakan untuk arak ini bercampur penggunaannya dengan peralatan dapur yang telah diperakui halal.

 

Kesalahan itu juga telah diakui oleh pihak hotel dan kita ambil tindakan tegas menarik semula serta merta sijil halal.

image is not available

gambar hiasan

Perlu buat permohonan semula untuk dapat status halal

Mengulas lanjut, Rahmad berkata kedua-dua hotel terkemuka itu perlu membuat permohonan semula sekiranya ingin mendapatkan status diperakui halal.

Permohonan perlu dibuat dalam tempoh tiga bulan sahaja, sekiranya berpuas hati kita akan berikan sijil halal dengan syarat mereka menepati semua syarat ditetapkan dan tidak mengulangi kesalahan sama di masa hadapan.

Namun difahamkan setakat hari ini, mereka belum membuat permohonan semula dan JAIM akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan tiada kesalahan serupa dilakukan 30 lagi hotel lain yang mempunyai sijil halal.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 4 weeks ago

"Dia Tenung Saya Lama.." - Wanita Kongsi Pengalaman Seram 'Check In' Hotel Di Jepun, Temui Lelaki Sembunyi Di Bawah Katil Hotel