“Sijil Halal Saya Tiada” – Claypot Ahmad Muzakin Tuai Kontroversi, Pemilik Kedai Tampil Bersuara Dedah Guna Barangan Halal! | WeirdKaya

LocalFood
8 Nov 2024 • 6:07 PM MYT
WeirdKaya
WeirdKaya

Community news hub for today's generation of Malaysians

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah restoran menjual claypot menerima perhatian ramai kerana status halal masih diragui.

Menerusi hantaran Instagram @ezlokal, memaparkan peniaga Claypot Ahmad Muzakin mendedahkan premisnya masih belum memiliki sijil halal.

“Barang-barang yang digunakan adalah halal, tetapi sijil halal sahaja yang kami tiada,” kata pekerja Claypot Ahmad Muzakin.

Dalam pada itu, mereka juga sempat menunjukkan cara penyediaan claypot sebelum disajikan kepada pelanggan dan menjelaskan segala bahan-bahan yang digunakan selamat serta bersih untuk dimakan.

Bukan itu sahaja, pengusaha terbabit sempat memberitahu menu claypot yang wajib dicuba kerana sering menjadi pilihan pelanggan ketika berkunjung ke restorannya.

“Menu yang orang selalu pesan nombor satu claypot chicken rice, nombor dua ialah beef rice atau duck rice.

“Untuk kambing dan itik ini kami menggunakan resepi sendiri dan paling penting ia bersih dan boleh dimakan,” tambahnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya meragui status halal makanan yang disajikan oleh restoran terbabit dan terus mencetuskan kontroversi dengan meninggalkan komen-komen penuh dengan tanda tanya.

Pernah cuba nak beli tapi kalau hati was was camna eh

image is not available

image is not available

Untuk info, menurut laporan akhbar pada Septemper 2023 yang lalu, Ahmad Muzakin mempunyai lesen perniagaan secara sah dan dalam perancangan membuat permohonan sijil halal Jakim.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved