Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Kepelbagaian tersebut merupakan warna-warni kehidupan rakyat Malaysia yang menghimpunkan budaya, adat resam, pemakanan dan bermacam-macam lagi.
Selain daripada terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik, Malaysia juga terkenal dengan sikap tolong menolong tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Beberapa perkongsian di media sosial memaparkan sikap luhur masyarakat kita yang sentiasa membantu individu dalam kesusahan. Perkongsian-perkongsian ini dilihat bukan untuk menampakkan riak, tetapi sebagai satu toleransi yang ada dalam jiwa masyarakat majmuk Malaysia.
Menerusi satu perkongsian daripada TikTok andy87_nd, dia membantu dua orang warga Bangladesh yang sedang menolak motosikal kerana kehabisan minyak. Kerana kasihankan mereka menolak motosikal di tengah panas dan bulan puasa, lelaki ini menumpangkan salah seorang daripada mereka untuk dibawa ke stesen minyak.
sempat borak ngan baiya ni walau tak berapa fasih bahasa tapi sgt berbahasa orgnye..banyak kali cakap terima kasih abang #amaljariahku #prihatin #inspiration #andypikachu #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #beranda #fypberanda
Dalam perkongsian lain pula, seorang lelaki berkongsikan sewaktu keretanya mengalami kerosakan, ada individu datang membantunya. Malahan, individu tersebut juga membelikannya juadah untuk berbuka puasa.
Terima kasih bro membantu tadi…. Moga ALLAH balas jasa baik bro…. Aamiinn…. #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypseo #foryoupage #Alhamdulillah
Selain itu, satu perkongsian daripada seorang wanita memuji sikap dua orang lelaki Melayu yang membantu satu keluarga berbangsa Cina membetulkan tayar kereta yang pancit.
Membantu Sesama Rakyat Malaysia,ketika kesusahan,Tayar pancit ketika sambut perayaan Tahun Baru Cina 2023, 2 Budak lelaki Melayu tolong Satu family Cina tukar tayar kereta pancit ketika Sambutan Go Xi Fa Cai #malaysia #harmony #Care #fyp #Viral #tolongmenolong
Satu video tular juga merakamkan satu kemalangan kecil yang berlaku di sekitar Puchong yang melibatkan seorang lelaki berbangsa India. Kelihatan beberapa orang lelaki Melayu dan Cina cuba membantu lelaki berkenaan.

Melalui perkongsian-perkongsian tersebut, dilihat masyarakat Malaysia mempunyai sikap muhibah tanpa mengira apa. Dalam pada itu juga, kebanyakan netizen memuji sikap yang ditonjolkan dan menyifatkan pertolongan tersebut dibuat bukan kerapa apa-apa tetapi atas dasar kemanusiaan.
The post Sikap harmoni rakyat Malaysia dipuji, bantu tanpa mengira kaum, bangsa & agama appeared first on The Reporter.



