Siklon Remal - Rakyat Malaysia di kawasan terjejas digesa berwaspada

28 May 2024 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi, sedang memantau rapat impak susulan Siklon Remal, yang melanda persisiran pantai Bangladesh dan Bengal Barat, India pada 26 Mei lepas.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Selasa, menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini dan mematuhi arahan serta panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh di No. 19, Road No. 6, Baridhara Diplomatic Enclave, Dhaka, no telefon: +88 018 4179 8077 atau e-mel: [email protected].

Mereka juga boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India, di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi atau melalui telefon: +91 859 5550594 atau e-mel: [email protected].

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Kementerian Luar akan berusaha untuk memastikan orang ramai dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan terkini, tambah kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh di daerah pantai di Bangladesh dan dua lagi terbunuh di India, manakala berjuta-juta orang terjejas oleh siklon tropika itu.

Taufan itu turut menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan telekomunikasi dan penerbangan serta kerosakan harta benda di kawasan terlibat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.