“Sila Hubungi..” – Dituduh ‘Populariti Merudum Jatuh’, Kim Hyunjoong Beri Jawapan Padu

Entertainment
4 Jun 2024 • 2:18 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ramai yang tertanya-tanya di mana Kim Hyun-joong sekarang kan?

Terbaru, lelaki itu telah memuat naik Instagram Story dengan keratan artikel bertajuk ‘Kejatuhan Seorang Bintang Hallyu’ dan wartawan itu menggambarkan hidupnya sebagai ‘meneruskan kelangsungan hidup dengan mi segera’.

Balasnya memerli artikel itu,

Walaupun melalui kandungan YouTube, menanam jagung di tanah saya telah membuat saya sedar betapa sukarnya dan luar biasanya pertanian.

image is not available

Tambahnya lagi,

Oh, wartawan, jika saya berjaya dalam tuaian, saya akan menghantar seguni jagung kepada anda. Sila hubungi agensi saya~ Sila berikan banyak kasih sayang dan perhatian kepada saluran YouTube saya.

Jawapan lelaki ini yang ‘cool’ dan tidak cepat melatah nyata membuatkan peminat memujinya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.