Silverlake Axis lebar sayap ke Kemboja menerusi kerjasama dengan Chip Mong Group

Business & Finance
25 Jun 2024 • 2:38 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Silverlake Axis lebar sayap ke Kemboja menerusi kerjasama dengan Chip Mong Group

herman

25/06/2024 - 14:38

KUALA LUMPUR 25 Jun- Silverlake Axis Ltd. (SAL) mengumumkan jalinan kerjasama strategik dengan Chip Mong Group, syarikat Kemboja yang mempunyai perniagaan dalam pelbagai sektor termasuk hartanah, runcit dan institusi kewangan.

Kerjasama ini menandakan komitmen SAL untuk memperluas kehadirannya di seluruh Asia Tenggara melampaui teknologi perbankan.

Di bawah perjanjian ini, penyelesaian digital QR AgoraCloud milik SAL akan diintegrasikan ke dalam sembilan Kedai Barangan Am dan dua Kedai Ekspres yang diuruskan oleh Chip Mong Retail, bertujuan untuk memajukan ekosistem digital di Cambodia.

"Kami tetap teguh dalam matlamat kami untuk menjadi penyedia penyelesaian fintech terkemuka di Asia Tenggara.

"Kemasukan kami ke Kemboja menandakan capaian penting, menunjukkan peluang yang luas untuk transformasi digital dalam pasaran ini," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SAL, Andrew Tan.

Chip Mong Group menyambut baik kerjasama ini, mengiktiraf rekod prestasi SAL dalam kepakaran dan pelaksanaan digital.

"Pendekatan inovatif mereka sejajar dengan visi kami, dan kami berharap untuk memanfaatkan QR AgoraCloud untuk meningkatkan operasi harian kami," kata Presiden Kluster Chip Mong Group, Henry Leang.

QR AgoraCloud, yang terkenal dengan kemampuan transformasi digital menyeluruh termasuk Pengurusan Barangan dan Bahan, fungsi Omnichannel dan Kerjasama Pembekal, bersedia untuk mengubah operasi peruncitan di Kemboja.

Kerjasama strategik SAL di seluruh Asia Tenggara ini memperteguh komitmen SAL untuk aksesibiliti perkhidmatan kewangan di rantau ini.

Kerjasama terkini termasuk kerjasama dengan KMS Solutions di Vietnam, Safeguards Corp di Malaysia dan Bank Mandiri Taspen di Indonesia, menekankan strategi pengembangan SAL di rantau ini sejak 2023.- DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved