Sim belanja nasi kandar Pulau Pinang pada staf MOF yang bersengkang-mata sedia bajet

30 Sep 2023 • 3:59 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Kakitangan Kementerian Kewangan kini sedang sibuk mengumpul input dan mengumpul maklum balas menjelang pembentangan bajet 2024 yang akan dibentangkan pada bulan depan.

Disebabkan kesibukan mereka itu dan sebagai menghargai petugas MOF yang bertugas meskipun pada hari cuti umum, Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong telah membelikan mereka nasi kandar yang didatangkan khas dari Pulau Pinang.

Menerusi video yang dikongsi di Twitternya, Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam membelanja kakitangan MOF dengan nasi kandar Hameediyah, pada hari cuti umum sempena Maulidur Rasul.

Sim berkata, ia juga adalah nasi kandar pilihannya dan telah wujud sejak 1907.

Beliau menulis kapsyen bertulis, “Nasi kandaq surr punya. Untuk Team Belanjawan 2023 yang amat berdedikasi buat persiapan belanjawan.

“Hari cuti pun kerja. Ada yang sampai tidur kat ofis.

Sim turut memuji kakitangan MOF yang berdedikasi dalam menyediakan Bajet dan turut menjamu selera bersama-sama. – 30 September, 2023


View Original Article