
KUALA LUMPUR, 9 Julai 2026 – Sime Beyond Auto, anak syarikat Sime Motors, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kumpulan pengedar BYD terbesar di Malaysia menerusi pembukaan bilik pameran baharu BYD Sri Petaling, sekali gus menjadikan ia cawangan keenam rangkaian syarikat di seluruh negara.
Terletak di koridor strategik Bukit Jalil–Sri Petaling, pusat 1S baharu ini menyasarkan komuniti profesional dan keluarga muda yang semakin berkembang di kawasan berkenaan. Lokasinya yang berhampiran kawasan kediaman moden serta hab sukan negara menjadikan ia lokasi ideal untuk memperkenalkan rangkaian kenderaan elektrik (EV) BYD kepada lebih ramai pengguna.
Menariknya, bermula Ogos ini, BYD Sri Petaling akan menampilkan konsep bilik pameran berinspirasikan sukan yang diinspirasikan daripada identiti Bukit Jalil sebagai lokasi Stadium Nasional dan pelbagai kemudahan sukan bertaraf dunia. Konsep tersebut menampilkan ruang penyerahan kenderaan khas yang direka sebagai “titik tumpuan” bagi meraikan setiap detik penyerahan kereta kepada pelanggan.
Bilik pameran itu turut menyediakan ruang yang mampu memuatkan sehingga lima buah kenderaan untuk penyerahan selain ruang istirahat pelanggan yang lebih selesa, sekali gus menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih eksklusif.
Pengarah Urusan, Peruncitan & Pengedaran Malaysia, Sime Motors, Vi Thim Juan, berkata pembukaan cawangan baharu itu mencerminkan komitmen syarikat untuk memperluaskan akses kepada jenama BYD di seluruh negara.
Menurut beliau, setiap bilik pameran baharu bukan sahaja membawa pengalaman pemilikan BYD lebih dekat kepada rakyat Malaysia, malah meningkatkan standard kecemerlangan peruncitan serta perkhidmatan selepas jualan automotif.
Beliau turut menjelaskan bahawa sejak ditubuhkan pada tahun 2022, Sime Beyond Auto berkembang pesat menerusi fokus terhadap pengalaman pelanggan, pendigitalan perkhidmatan dan sokongan selepas jualan yang komprehensif, disokong oleh kepakaran Sime Motors dalam industri automotif.
Sime Beyond Auto terus cemerlang sebagai pengedar BYD
Kedudukan Sime Beyond Auto sebagai kumpulan pengedar BYD No.1 Malaysia turut disokong oleh pencapaian cemerlang di Persidangan Pengedar Kebangsaan BYD 2025.
Antara pengiktirafan yang diterima termasuk gelaran Juara Keseluruhan Malaysia menerusi cawangan BYD Mansion Macalister, Pulau Pinang, selain Cawangan Pengedar Utama yang dimenangi oleh BYD Ara Damansara.
Turut membanggakan ialah kemenangan Penyiar Strim Langsung Utama oleh BYD Kuala Lumpur @ TREC, Anugerah Kecemerlangan Pengalaman Pelanggan oleh BYD Mansion Macalister, selain pengiktirafan Naib Juara bagi Pengurus Pemasaran Terbaik Tahun 2025 dan Kepimpinan Lepas Jualan Cemerlang.
Kesemua anugerah ini membuktikan keupayaan Sime Beyond Auto menawarkan pengalaman pelanggan yang konsisten bermula daripada proses jualan, penyerahan kenderaan sehingga sokongan selepas jualan.
Pendigitalan melalui aplikasi OneGo
Selain rangkaian fizikal yang semakin meluas, Sime Beyond Auto turut menawarkan pengalaman digital menerusi aplikasi OneGo Sime Motors.
Aplikasi tersebut membolehkan pelanggan membuat tempahan servis, mengakses maklumat kenderaan, menikmati pelbagai ganjaran eksklusif serta berhubung terus dengan ekosistem Sime Beyond Auto secara lebih mudah.
Kini mempunyai enam cawangan di seluruh Malaysia
Dengan pembukaan BYD Sri Petaling, Sime Beyond Auto kini mengendalikan enam bilik pameran utama iaitu:
- BYD Ara Damansara, Selangor
- BYD Mid Valley Southkey, Johor
- BYD Kuala Lumpur @ TREC
- BYD Tebrau, Johor
- BYD Mansion Macalister, Pulau Pinang
- BYD Sri Petaling, Selangor
Rangkaian ini mengukuhkan lagi kedudukan Sime Beyond Auto sebagai kumpulan pengedar BYD terbesar di Malaysia serta antara peneraju utama dalam mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik di negara ini.
Promosi sehingga RM14,000 dan peluang menang motosikal
Bersempena pembukaan cawangan baharu, pelanggan yang membuat tempahan di mana-mana cawangan Sime Beyond Auto pada hujung minggu ini boleh menikmati pakej promosi sehingga RM14,000 bagi model BYD ATTO 3.
Pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM1,000.
Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan dari 1 Julai hingga 30 September 2026 di mana-mana cawangan Sime Beyond Auto juga berpeluang memenangi sebuah motosikal bernilai RM39,900, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.







The post Sime Beyond Auto Rasmi Buka BYD Sri Petaling, Kukuhkan Status Kumpulan Pengedar BYD No.1 Malaysia appeared first on TW Media.


