Sime Darby Plantation komited perangi rasuah

Politics
10 Jan 2023 • 5:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Persidangan berkenaan menampilkan Nurhayati (kanan); Dr Mark Lovatt (kiri); Lam Thye (dua dari kiri) dan Muhammad Mohan (dua dari kanan) dalam forum yang membicarakan mengenai ‘Membina Kekuatan Syarikat Dengan Amalan Integriti’. (Gambar kecil: Mohamad Helmy)

PETALING JAYA - Sime Darby Plantation Berhad (SDP), menghantar isyarat yang jelas kepada dunia perniagaan untuk memerangi rasuah melalui inisiatif penganjuran Persidangan Kemuncak Integriti 2023, di sini pada Selasa.

Pengarah Urusan Kumpulan syarikat tersebut, Mohamad Helmy Othman Basha berkata, pihaknya komited untuk membudayakan integriti dan amalan antirasuah dalam kalangan kakitangannya dengan memperbanyakkan program seumpama itu.

“Kami proaktif untuk bersama membudayakan amalan antirasuah dan meletakkan amalan integriti di tahap tertinggi di SDP,” katanya ketika menyampaikan ucapan bersempena penganjuran persidangan berkenaan di Auditorium Sime Darby Plantation.

Persidangan berkenaan menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters) Nurhayati Nordin, aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan dalam forum yang membicarakan mengenai ‘Membina Kekuatan Syarikat Dengan Amalan Integriti’.

Tambahnya, program seumpama itu akan dianjurkan setiap tahun bagi memperlihatkan keazaman pihaknya membasmi rasuah.

“Insya-ALLAH kita akan anjurkan persidangan seumpama ini pada setiap tahun,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved