
Sime Motors meraikan detik bersejarah 45 tahun penglibatan dalam industri automotif Malaysia dengan majlis gilang-gemilang bertemakan “Orchestrating Excellence: Celebrating 45 Years of Sime Motors in Malaysia”.
Acara berprestij ini diadakan sebagai penghargaan kepada pelanggan, rakan niaga dan prinsipal jenama yang telah menjadi tonggak utama kejayaan Sime Motors sepanjang lebih empat dekad.
Majlis malam gala itu diserikan dengan persembahan Orkestra Filharmonik Malaysia di bawah pimpinan konduktor terkenal Gerald Salonga, bersama penampilan istimewa pemain piano Liu Muyu dan penyanyi tersohor tanah air, Aina Abdul. Persembahan penuh berprestij ini memukau para tetamu dan menjadi simbol harmoni antara seni dan kecemerlangan industri automotif.
Antara sorotan utama malam tersebut ialah pengiktirafan khas kepada prinsipal dan rakan kongsi jenama Sime Motors seperti BMW Group Malaysia, BYD, DENZA, Ford Malaysia, Hyundai Malaysia, Jaguar Land Rover, Porsche Malaysia, dan Volvo Cars Malaysia sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi.
Tanda penghargaan tersebut disampaikan oleh Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Motors, bersama Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors.
Menurut Andrew Basham:
“Mercu jaya ini meraikan insan dan pakatan yang memungkinkan kejayaan Sime Motors selama 45 tahun. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah bersama kami dalam perjalanan ini, dan akan terus komited menerajui inovasi serta memperkukuh kerjasama demi pengalaman pelanggan yang luar biasa.”
Majlis tersebut turut dihadiri pelanggan setia, rakan kongsi, wakil jenama, anggota pasukan, media serta rakan industri. Selain meraikan warisan Sime Motors, acara ini turut mencerminkan aspirasi syarikat untuk terus memimpin masa depan automotif Malaysia melalui inovasi, kerjasama kukuh dan tumpuan terhadap kecemerlangan pelanggan.




The post Sime Motors Raikan 45 Tahun Kecemerlangan Automotif Bersama Persembahan Orkestra Filharmonik Malaysia appeared first on TW Media.

