
TAWAU: Lima warga Filipina yang tidak mempunyai dokumen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan menyimpan barangan kawalan berjadual tanpa lesen
Wan Sih Otoan, 30, David Badtera, 19, Rokih Otoan, 23, dan Nursalih Abdullannang, 23, yang mempunyai pertalian darah iaitu sepupu dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Hakim Rosli Ahmad.
Hukuman itu dibuat selepas mereka bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Bajau.
Mereka dituduh secara bersama menyimpan barangan kawalan berjadual yang tidak dilesenkan atau dibenarkan iaitu 2, 750 liter petrol dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Kesemua didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan perairan Nusa Kita, Semporna jam 5.50 pagi pada 10 Mac lalu.
Seorang lagi tertuduh Om Hussain, 35, dipenjara lapan bulan selepas mengaku menyimpan 630 liter petrol, 120 liter diesel dan lima tong gas LPG.
Dia melakukan kesalahan itu di dalam kapal kargo di Jeti Kg Dap-Dap, Semporna sekitar 5 petang pada 9 Mac, 2024.
Kelima-lima tertuduh didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mereka diperintah menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selepas menjalani hukuman.
Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Jong Jee Leong tampil untuk pendakwaan manakala kelima-lima mereka tidak diwakili peguam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
