Simpan Duit Dalam MAE Tabung Boleh Dapat Bonus Harian Sehingga 4.29% Setahun

Personal Finance
29 May 2026 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Simpan Duit Dalam MAE Tabung Boleh Dapat Bonus Harian Sehingga 4.29% Setahun

Pengurusan kewangan bijak bermula dengan langkah ringkas iaitu disiplin dalam menabung. Soalannya, macam mana nak mula?

Menabung secara tradisional mungkin tidak lagi praktikal untuk majoriti daripada kita, jadi apa kata cuba MAE Tabung?

Advertisement

MAE Tabung adalah ciri tabungan digital dalam aplikasi MAE yang membantu anda mencapai sasaran kewangan dengan lebih mudah.

Dengan Auto Deduction dan Booster, tabungan akan dibuat secara konsisten, jadi matlamat kewangan akan dicapai lebih cepat.

Tabung Daily Bonus sehingga 4.29% setahun

Nak tahu apa yang lagi best? Kini dengan Tabung Daily Bonus, anda boleh mempercepat tabungan dan nikmati Bonus Harian Tabung sehingga 4.29% setahun.

Cuma ikuti langkah-langkah ini

Untuk menikmati bonus harian ini, hanya ikuti langkah-langkah berikut:

1. Cipta Tabung dengan perkataan ‘BONUS’ dalam namanya.

2. Dapatkan RM0.10 setiap hari dengan memastikan baki Tabung ‘BONUS’ adalah minimum RM850 setiap hari (bersamaan kadar sehingga 4.29% setahun). Bonus Harian akan dikreditkan ke Tabung tersebut pada hari seterusnya.

Kempen berlangsung bermula 25 Mei sehingga 24 Ogos 2026.

Cabutan Bertuah RM50

Dapatkan juga Bonus RM50 untuk 2,000 pelanggan bertuah yang menyimpan Tabung ‘BONUS’ dan melakukan pemindahan yang layak.

Caranya, pindahkan minimum RM200 ke dalam akaun Maybank anda daripada bank atau eWallet lain dan masukkan perkataan ‘BONUS’ di ruangan rujukan penerima.

Dapatkan 1 (SATU) penyertaan bagi setiap pemindahan dana baru RM200 yang layak sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Penampilan MAE Tabung serba baru

Penampilan MAE Tabung serba baru diperkenalkan dengan bonus yang dikreditkan pada hari berikutnya 

maybank tabungGambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja  

Tabung yang layak menjana bonus akan mempunyai lingkaran cahaya berwarna hijau dan anda juga akan menerima notifikasi setiap hari setelah bonus dikreditkan.

maybank tabungGambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja  

Selain itu, bonus yang didapati juga boleh dipantau dengan Bonus counter.

Percepatkan matlamat dengan Boosters

Boosters membantu anda menyimpan dan mencapai matlamat kewangan dengan lebih cepat melalui beberapa cara mudah berikut:

1. Spare Change

Setiap kali anda buat transaksi Scan & Pay, jumlah pembayaran akan dibundarkan mengikut nilai yang anda tetapkan dan baki tersebut akan terus dimasukkan ke dalam Tabung anda.

2. Scan & Save

Nikmati penjimatan melalui promosi Scan & Pay. Setiap perbezaan atau penjimatan daripada promosi akan disalurkan terus ke dalam Tabung anda.

3. Guilty Pleasure

Kalau anda berbelanja melebihi had yang ditetapkan untuk kategori tertentu, jumlah simpanan yang dipilih akan terus dimasukkan ke dalam MAE Tabung anda. Tetapan ini boleh diubah, diaktifkan atau dimatikan pada bila-bila masa.

MAE Tabung adalah produk konvensional dan Tabung Daily Bonus adalah kempen konvensional. Tabung yang dipautkan dengan MAE Wallet tidak menjana pulangan diatas baki akaun.

Lawati laman rasmi Maybank untuk maklumat lanjut berkenaan Tabung Daily Bonus. Ikuti Maybank di Facebook dan Instagram untuk tidak ketinggalan info terkini.

 

The post Simpan Duit Dalam MAE Tabung Boleh Dapat Bonus Harian Sehingga 4.29% Setahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article