Simpan emas cara moden, AURUM GOLD pasang impian bawa jenama emas tempatan ke peringkat global

Business & FinancePersonal Finance
18 May 2026 • 11:34 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Simpan emas cara moden, AURUM GOLD pasang impian bawa jenama emas tempatan ke peringkat global

PELABURAN emas selalunya sinonim dengan gaya lama, tetapi landskap itu kini mula berubah wajah dengan kehadiran nama baharu yang semakin menjadi bualan ramai, AURUM GOLD.

Jenama itu bukan sekadar kedai emas biasa yang menjadi tempat mak-mak kita membelek gelang, sebaliknya ia hadir membawa satu nafas segar dalam dunia aset bernilai.

Memilih konsep ekosistem moden, kehadiran jenama ini dalam pasaran tempatan sebenarnya membuka mata banyak pihak bahawa urusan menyimpan emas kini boleh dilakukan dengan cara yang jauh lebih fleksibel dan sofistikated.

Apa yang menariknya, platform tersebut menggabungkan pelbagai kemudahan dalam satu bumbung termasuklah urusan jual beli, sistem beli semula (buy back), pertukaran barang kemas (trade in), sehinggalah kepada perlindungan nilai aset.

Pendekatan kreatif sebegini pastinya memberi lebih nilai tambah kepada peminat tegar logam mulia mahupun generasi muda yang baru berjinak-jinak mahu mengukuhkan portfolio kewangan peribadi mereka.

Image from: Simpan emas cara moden, AURUM GOLD pasang impian bawa jenama emas tempatan ke peringkat global

Langkah berkenaan juga dilihat sangat kena dengan trend semasa memandangkan masyarakat kini lebih bijak mencari alternatif simpanan yang stabil untuk masa depan.

Kehadiran jenama ini dalam industri diraikan dengan penuh gilang-gemilang menerusi Majlis Exclusive Soft Launch AURUM GOLD yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.

Penanda aras baharu

Majlis tersebut bukan sahaja meriah dengan kehadiran rakan niaga dan usahawan tempatan, malah ia menjadi detik penting bagi menunjukkan keseriusan jenama ini dalam meletakkan penanda aras baharu bagi pasaran tempatan sebelum melangkah ke peringkat global.

Di sebalik visi besar ini, AURUM GOLD sebenarnya diterajui oleh figura yang tidak asing lagi iaitu Tengku Datuk Dr Hishammuddin Zaizi selaku Co-Founder dan Pengerusi syarikat.

Image from: Simpan emas cara moden, AURUM GOLD pasang impian bawa jenama emas tempatan ke peringkat global

Penglibatan beliau pastinya membawa satu dimensi baharu yang lebih profesional, dipercayai, dan dinamik dalam membangunkan ekosistem logam berharga yang bertaraf antarabangsa ini.

"AURUM GOLD percaya bahawa emas bukan sekadar instrumen simpanan pasif, tetapi ia merupakan simbol kestabilan kewangan dan pemeliharaan nilai sebenar demi jaminan masa depan," katanya ketika mengulas mengenai kelebihan yang cuba dibawakan oleh platform berkenaan kepada masyarakat.

Sesuai dengan slogan rasmi yang diperkenalkan, 'Built on Trust. Backed by Real Gold.', permulaan ini merupakan satu langkah awal yang kukuh bagi mereka.

Bersandarkan kepada permintaan pasaran yang semakin meningkat, jenama tempatan ini nampaknya sudah bersedia untuk membawa nama Malaysia ke peta dunia dalam industri logam berharga, sekali gus membuktikan produk tempatan juga mampu bersaing di peringkat tertinggi.

View Original Article