“Simpan Rahsia Ni” – Pernah Dituduh Kurang Ajar Dek Tengking Wartawan, Jurusolek Tampil Dedah Kebaikan Han Sohee

9 Mar 2024 • 4:49 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Untungnya dapat bekerja dengan Han So-hee!

Terbaru pada 8 Mac, jurusolek kepada Han So-hee telah muncul dalam saluran YouTube ‘Allure Korea’ dan berkongsi bahawa dia sudah 6 tahun bekerja dengan wanita itu.

Ceritanya lagi,

Saya tak pernah beritahu sesiapa, tetapi adakah ia akan menimbulkan kekecohan jika saya memberitahunya di sini? Han So-hee ada belikan saya beg.

image is not available

Sambungnya lagi dengan berkongsi foto beg yang diterimanya,

Awak semua harus simpan ini sebagai rahsia. Kalau tak, saya akan berada dalam kesusahan.

Menerusi foto yang dikongsi, Han So-hee nampaknya telah menghadiahkan beg dari jenama Dior yang bernilai mencecah 8 milion won (RM28,459), kepada jurusoleknya itu.

Pemurah tau Han So-hee ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.