Simpanan Pencen RM216K Lesap, Pesara Dari Padawan Jadi Mangsa Sindiket Phone Scam

2 Jul 2024 • 9:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tertipu dengan panggilan palsu

Simpanan Pencen RM216K Lesap, Pesara Dari Padawan Jadi Mangsa Sindiket Phone Scam. Seorang pesara di daerah Padawan menjadi mangsa penipuan dalam talian, mengakibatkan kerugian kira-kira RM216,000.

Mangsa, seorang lelaki pertengahan 60-an, menerima panggilan telefon dari individu yang menyamar sebagai ‘Umi Hani’ dari DHL Melaka.

image is not available
Simpanan Pencen RM216K Lesap, Pesara Dari Padawan Jadi Mangsa Sindiket Phone Scam. Sumber: Utusan Borneo

Suspek mendakwa mangsa telah menghantar bungkusan berisi buku cek dan token ke Kedah, dan bungkusan itu ditahan polis untuk siasatan. Mangsa diminta membuat laporan polis dalam talian sebagai penafian.

Panggilan kemudian disambungkan ke ‘Inspektor Lai’ dari Bukit Aman. Suspek menuduh mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan menawarkan bantuan untuk menyiasat kes tersebut.

Mangsa diminta memindahkan semua wang simpanan persaraannya ke akaun bank berbeza atas alasan siasatan.

Mangsa yang panik memindahkan wang dalam lapan transaksi ke akaun bank suspek. Menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis.

Jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM216,000.

Kejadian ini menjadi peringatan agar berhati-hati dengan penipuan dalam talian. Jangan mudah percaya dengan panggilan telefon yang tidak diketahui asal-usulnya, dan jangan sesekali memindahkan wang kepada individu yang tidak dikenal.

Laporkan sebarang aktiviti penipuan kepada pihak berkuasa

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved