
LAHAD DATU: Infrastruktur Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (Bess) berkapasiti 100 Megawatt (MW) dan simpanan tenaga 400MWj yang akan siap pada Jun tahun ini dijangka meningkatkan penjanaan grid kuasa negeri.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, projek yang terbesar di Asia Tenggara itu akan menyimpan sejumlah 188 unit bateri.
Advertisement“Kepentingan projek ini kepada grid Sabah adalah untuk meningkatkan kapasiti yang kini masih di bawah 30 peratus. Jadi, dengan siapnya projek ini dan projek lain seperti di Kimanis iaitu Sewa Gas yang dijangka siap pada Jun tahun ini, maka kita boleh meningkatkan rizab margin atau penjanaan rizab margin kepada sekurang-kurangnya 25 peratus,” katanya.
Abdul Nasser berkata demikian ketika ditemui selepas melawat tapak projek Bess di Dam Road, di sini, Isnin.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Semasa lawatannya, Abdul Nasser berkata beliau berpuas hati dengan kemajuan projek itu dan melahirkan keyakinannya terhadap keupayaan Elopura Power dan Sabah Electricity menyiapkannya tepat pada masanya.
Beliau berkata Bess adalah salah satu cara terpantas untuk mendapatkan kapasiti selain daripada menyewa.
AdvertisementIa juga lebih mesra alam kerana ia akan menggunakan tenaga daripada solar untuk mengurangkan penggunaan diesel.
Bercakap mengenai keselamatan, Abdul Nasser berkata ia perlu memenuhi piawaian ketat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Malah bulan ini akan ada ujian kilang. Jadi, ia penting. Memang ada peraturan yang mengikut Kod Grid Sabah.
“Selain itu, penggunaan bateri ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah digunakan di tempat lain. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini di Sarawak, dan juga di Singapura selama beberapa tahun. Jadi, sistem ini adalah teknologi yang terbukti,” jelasnya.



