Simpati nasib rakyat, Tun M hadir bersoladariti di Istana Negara

LocalPolitics
23 Jan 2024 • 11:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tun Dr Mahathir bersama orang ramai di pintu dua Istana Negara pada Selasa.

image is not available
Suasana orang ramai berhimpun di Pintu Dua Istana Negara bagi menyatakan soladariti terhadap nasib yang menimpa rakyat ketika ini.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turut menyertai orang ramai berhimpun di Pintu Dua Istana Negara bagi menyatakan soladariti terhadap nasib yang menimpa rakyat ketika ini.

Dakwa bekas Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat itu, rakyat kini ramai yang sengsara, hinggakan ada yang membunuh diri kerana desakan hidup.

Oleh itu katanya, beliau turut terpanggil untuk menyatakan kebersamaan bersama mereka yang hadir.

“Saya hadir pasal saya juga rakyat Malaysia, dan ini adalah gerakan rakyat jadi saya bersimpati dengan mereka.

“Apa yang disebutkan tadi, sampai orang Melayu bunuh diri, tidak pernah jadi 17 orang Melayu bunuh diri, ada yang bunuh mak, bunuh ibu bapa, kerana mereka hilang punca, tertekan amat sangat, sebab itu saya datang sini, tunjuk soladariti saya dengan rakyat,” katanya pada sidang media di pekarangan Pintu Dua Istana Negara pada Selasa.

Beliau berkata demikian setelah selesai tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menerima perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddij Al-Mustafa Billah Shah bagi menyampaikan memorandum yang mengandungi pelbagai tuntutan melibatkan isu negara pada Selasa.

LAGI MENYUSUL