“Simple tapi nampak mahal” -Ramai puji usaha murid2 buat kejutan untuk cikgu

LocalEntertainment
21 Nov 2024 • 11:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ramai puji usaha

Seorang guru praktikum telah memuat naik momen sewaktu menerima kejutan daripada murid-muridnya sehingga ramai puji usaha mereka yang terlihat ‘simple’ tapi nampak mahal.

Kenangan tak akan dilupakan

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh nik.nurnadirah, dia mengakui momen tersebut merupakan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan kerana menerima kejutan cukup istimewa daripada murid-murid yang diajarnya sewaktu menjalani praktikum.

@nik.nurnadirah

Simpan sini untuk kenangan, orang lain dah habis praktikum, saya lagi dua hari, tapi tetap tak sunyi dekat sekolah sebab ada student macam ni. Murid pertama saya, terima kasih. #ipg #cikgupraktikum

♬ Cinta Terakhir - Ari Lasso

Ramai puji usaha murid2, nampak simple je tapi bermakna

Dapat dilihat yang dia diminta untu masuk ke kelas yang bertutup sambil membawa gunting untuk memotong reben yang diikat oleh mereka.

Selepas reben dipotong, murid-muridnya telah bersedia berdiri sejajar dengan menutup rakannya menggunakan buku yang ketika itu sedang memegang sejambak bunga buat guru tersayang.

image is not available

Ramai puji usaha murid2, beri bunga dan nota buat cikgu

Dalam kapsyen yang disertakan nik.nurnadirah, dia mengakui bahawa kenangan tersebut pastinya tidak akan dilupakan memandangkan dia bakal mengakhiri praktikum yang dijalani tidak lama lagi.

Ujarnya, murid-murid yang membuat kejutan tersebut adalah pelajar pertamanya dan dia mengucapkan terima kasih diatas kenangan yang cukup bermakna.

“Simpan sini untuk kenangan, orang lain dah habis praktikum, saya lagi dua hari, tapi tetap tak sunyi dekat sekolah sebab ada student macam ni. Murid pertama saya, terima kasih,” tulisnya.

@nik.nurnadirah

Replying to @akak telo hehe betul, effortnya yang mahal. Ni sekelas berpakat siap tulis buku doakan anak murid saya semua! #cikgupraktikum #ipg

♬ suara asli - Pensil Warna Gilang - Pensil Warna Gilang

Simple tapi nampak mahal

Perkongsian yang dibuat oleh guru muda itu telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata memuji usaha yang dilakukan murid-muridnya yang ingin memberikan sesuatu yang istimewa kepada guru tersayang.

Walaupun ia dilihat sangat simple, namun apa yang dilakukan mereka cukup mahal lebih-lebih lagi melihat buat seorang guru praktikum yang bakal meninggalkan mereka tidak lama lagi.

image is not available

Suka tengok effort mereka

image is not available

Sebak pula tengok diorang semua hargai cikgu

image is not available

Menteri Pendidikan pun komen tau!

image is not available

 

Semoga guru dan murid-murid terbabit terus diberi kejayaan di masa hadapan serta menjadi generasi penerus buat negara.

Sumber: TikTok nik.nurnadirah

View Original Article