Simple tapi penuh makna. Majlis Resepi Farah Lee dan Fuad Hashim tanda kasih kawan sejati

Entertainment
28 Jan 2024 • 7:18 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

CUKUP simple dan penuh bermakna. Majlis resepsi personaliti media sosial, Farah Lee bersama suami tercinta, Fuad Hashim di Padangs On Wheels, Subang Bestari, Selangor petang tadi berlangsung meriah.

Pasangan pengantin tampil manis dengan busana rona pastel, rekaan Rico Rinaldi dan disambut tetamu jemputan yang rata-ratanya rakan artis dan sahabat handai.

Turut hadir memeriahkan suasana dengan nyanyian spontan daripada Wany Hasrita. Bekas suami, Ally Iskandar juga kelihatan bersama isteri dan anak-anak.

image is not available

Pemilik restoran yang juga personaliti televisyen, Farrah Adeeba ketika ditemui SinarPlus berkata, pihaknya bersama rakan kongsi berbesar hati meraikan Farah sekeluarga.

“Kami sebenarnya sudah berkenalan cukup lama sejak terlibat dalam Program Mencari Cinta. Saya selalu usik Farah, kita akan buat program ini sampai Farah jumpa cinta. Sepatutnya nak buat musim kedua tapi dah kahwin. Kira majlis ini sebagai ‘finale’ program tersebut.

image is not available

image is not available

“Kalau diikutkan perancangan, memang saya nak pergi ke majlis resepsi Farah di Terengganu. Memang daripada dulu saya nak pergi tapi last minute ada urusan tidak dapat dielakkan. Sebab itu kami raikannya hari ini,” katanya.

 

Sebelum menutup perbualan, pemilik nama sebenar Farrah Adeeba Mohamed Ashraf itu juga menitipkan pesanan penuh makna buat pasangan bagaikan pinang dibelah dua tersebut.

image is not available

“Mengenali Farah yang sudah berdepan pelbagai dugaan. Beliau seorang yang matang dan tabah. Sudah tentunya saya mengharapkan ALLAH berikan pasangan yang dapat membahagiakannya dunia dan akhirat.

“Seseorang yang mencintainya dan juga love your daughter, Maream. Farah juga dapat mencintai suami dan membahagiakannya dunia dan akhirat,” katanya.

image is not available

image is not available

Terdahulu, Farah atau nama sebenar, Nurfarahin Romli menamatkan gelaran ibu tunggal selepas menerima lamaran daripada kekasih hatinya, Fuad Hashim pada 5 Januari lalu.

Ibu kepada Maream Esaabel itu sebelum ini berkahwin dengan pengacara, Ally Iskandar pada 20 Januari 2012, bagaimana bercerai pada 17 Ogos 2016.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang