Sinar Harian nafi lantik individu, pihak ketiga tadbir WhatsApp

1 Mar 2024 • 11:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Sinar Harian tidak pernah melantik individu atau pihak ketiga bagi menjemput orang ramai menyertai grup WhatsApp berita terkini Sinar Harian seperti yang tersebar di platform itu ketika ini.

Sinar Harian ada menerima tangkap layar daripada pembaca yang mendakwa ada orang perseorangan membuat jemputan untuk menyertai grup Whatsapp Sinar Harian didakwa ditadbir oleh dirinya sendiri.

Individu terbabit turut meminta nombor kod digit enam angka yang dikatakan diterima menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) oleh mereka yang hendak menyertai grup WhatsApp berkenaan kononnya untuk dibuat pengesahan.

Justeru, orang ramai diminta berwaspada dan berhati-hati bagi memastikan tidak terpedaya dengan individu terbabit.

Bagi orang ramai yang ingin menyertai grup Whatsapp Community Sinar Harian boleh berbuat demikian menerusi nombor telefon (019-6120723) sahaja.

Bagi orang ramai yang ingin menyertai Saluran WhatsApp (WhatsApp Channel) Sinar Harian pula boleh klik di sini: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Sekian, terima kasih.

Pengarang Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved