Sindiket edar minuman keras tanpa cukai lumpuh, 10 ditahan

26 Sep 2022 • 8:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KLANG: Pasukan anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menumpaskan satu sindiket penyimpanan dan pengedaran minuman keras tanpa cukai bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan di sebuah gudang berpagar di Taman Sentosa, di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pasukan itu turut menahan 10 lelaki yang terdiri daripada sembilan pendatang tanpa izin dan seorang warga tempatan, berumur 22 hingga 58 tahun dalam serbuan sekitar pukul 5 petang itu.

Beliau berkata sejumlah 48,990 botol pelbagai jenis minuman keras, antaranya wiski, dan 480 tin bir tidak bercukai serta sebuah kontena ditemukan dalam serbuan itu, yang jumlah keseluruhannya termasuk cukai dianggarkan RM2.5 juta.

“Polis masih dalam proses mengesan dalam kegiatan itu yang dipercayai seorang lelaki tempatan,“ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.

Arjunaidi berkata individu yang ditahan merupakan pekerja sambilan yang diupah menguruskan penyusunan minuman keras dalam gudang berkenaan, dan kesemua mereka ditahan reman selama 14 hari untuk disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.-Bernama