Sindiket pelaburan tayang duit & jongkong emas di live TikTok tumpas

7 May 2024 • 9:57 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Lapan individu ditahan kerana terlibat dalam kegiatan pusat panggilan penipuan dalam talian.

Hasil serbuan dan pemeriksaan pihak polis di dua premis di Petaling Jaya mendapati sindiket tersebut disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan secara dalam talian yang menyasarkan warga tempatan, manakala premis tersebut dijadikan sebagai pusat khidmat pelanggan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 43 tahun.

“Premis sama juga digunakan sebagai pusat pengiklanan dan promosi pelaburan menggunakan aplikasi TikTok.

“Suspek yang ditahan berperanan selaku pengarah syarikat, pengurus, moderator, tenaga pengajar, editor dan ‘host live’ di TikTok.

“Kita percaya mereka ini telah bergiat aktif sejak Ogos tahun lalu”, katanya.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya merampas tiga unit CPU,monitor (7), komputer riba (7), telefon bimbit (11), satu router, satu modem wifi, satu kamera, wang palsu USD dollar (denominasi USD 100), replika jongkong emas (10) dan satu anak kunci.

“Siasatan yang dijalankan mendapati, sindiket ini berperanan untuk mempromosi urus niaga pasaran saham yang didakwa beroperasi di Hong Kong.

“Pelabur yang berminat akan dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram dan diajar untuk melakukan urus niaga jual beli saham tersebut melalui laman web yang diberikan oleh pihak sindiket,” jelasnya.

Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan.

Sumber: Kosmo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved