Sindiket penipuan 'kreatif' perdayakan masyarakat: KPN

20 Jun 2022 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Pelbagai helah atau taktik ‘kreatif’ digunakan sindiket penipuan untuk memperdayakan mangsa mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, orang ramai diminta sentiasa membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang urusan perbankan secara dalam talian.

"Ancaman scammer terutamanya penipuan dalam talian semakin menimbulkan keresahan dalam masyarakat. Scammer ini suka gertak sehingga membuatkan mangsa panik, ini bukan ada bomoh atau pukau," katanya.

Acryl Sani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program derma darah sempena Sambutan Hari Polis ke-215 di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Menurutnya, polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sentiasa mengadakan kempen bagi mendedahkan orang ramai dengan taktik yang dilakukan sindiket ini.

Beliau berkata ia mula menampakkan hasil apabila pihaknya melihat terdapat pengurangan kes melibatkan sindiket penipuan ini.

"Saya yakin dan percaya akan tiba masanya setiap ahli masyarakat tahu untuk menjauhkan diri daripada menjadi mangsa sindiket penipuan ini," katanya.

Acryl Sani turut menegaskan pihaknya tidak akan meminta butiran peribadi seperti akaun bank menerusi panggilan telefon bagi tujuan siasatan sebaliknya keterangan akan diambil secara bersemuka di balai polis. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved