Sindiket scam sewa banglo RM18,000 sebulan, lengkap dengan tukang masak

LocalBusiness & Finance
21 May 2026 • 4:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sindiket scam sewa banglo RM18,000 sebulan, lengkap dengan tukang masak
M Kumarasan menunjukkan premis pusat panggilan yang diserbu di Gelang Patah ketika sidang media di IPD Iskandar Puteri pada Khamis.
Image from: Sindiket scam sewa banglo RM18,000 sebulan, lengkap dengan tukang masak
Polis menahan 35 lelaki warga China berusia antara 21 hingga 39 tahun yang dipercayai ejen sindiket berkenaan.

ISKANDAR PUTERI - Sebuah banglo mewah enam bilik dalam kawasan perumahan elit berpagar dan berpengawal di Gelang Patah di sini, disyaki dijadikan pusat operasi sindiket penipuan dalam talian antarabangsa yang menyasarkan mangsa dari Sepanyol.

Lebih mengejutkan, premis berkenaan yang disewa pada kadar kira-kira RM18,000 sebulan itu turut menyediakan kemudahan lengkap termasuk tukang masak bagi memastikan operasi berjalan lancar tanpa mencurigakan penduduk sekitar.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner, M Kumarasan berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 11.50 malam pada 14 Mei lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Iskandar Puteri bersama Balai Polis Tanjung Kupang.

**media[3528391]**

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya menahan seramai 35 lelaki warga China berusia antara 21 hingga 39 tahun yang dipercayai ejen sindiket berkenaan.

“Sindiket menggunakan aplikasi Telegram untuk berkomunikasi dengan mangsa dengan menawarkan pelbagai pakej pekerjaan di negara asal mereka.

“Kita tidak menolak sindiket yang telah beroperasi sejak Februari lalu turut melibatkan rangkaian antarabangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Iskandar Puteri di sini pada Khamis.

Kumarasan berkata, siasatan awal mendapati 33 suspek yang bekerja sebagai ejen manakala dua lagi sebagai tukang masak menerima gaji antara RM3,500 hingga RM4,000 sebulan.

Susulan tangkapan itu, pihaknya merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan penipuan itu dengan nilai anggaran RM65,000.

Turut dirampas ialah 35 unit telefon bimbit, 10 komputer riba, 35 komputer dan 12 modem.

"Hasil saringan awal air kencing mendapati kesemua tangkapan negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

"Kesemua suspek direman sehingga 28 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut," ujarnya.

 

 

View Original Article