Sindiket tawar kerja dalam talian tumpas, kondominium diserbu

11 Aug 2022 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Polis berjaya melumpuhkan sindiket yang menawarkan pekerjaan secara dalam talian sebagai ejen penjual barang, susulan penahanan lima lelaki dan seorang wanita di sebuah kondominium di Jalan Ceylon di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata serbuan di kondominium itu yang dijadikan pusat panggilan kepada sindiket yang beroperasi sejak sebulan lepas dilakukan pada 5.25 petang.

“Siasatan mendapati sindiket itu menawarkan pekerjaan kepada orang ramai menerusi platform media sosial untuk menjual barang secara dalam talian antaranya dompet.

“Mangsa akan menerima barang pada pembelian pertama namun apabila membeli secara pukal, sindiket melarikan diri selepas menerima wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata pihaknya turut merampas 29 telefon bimbit, lima komputer, lima peranti perkakasan pemprosesan dan sebuah komputer riba.

Katanya, semua individu berusia 19 hingga 26 tahun itu direman hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved