“Sindir Menyindir Di TikTok” – Bengang Tak Mahu Bergabung, Pergaduhan Di Pandan Indah Rupanya Antara Dua Geng Mat Rempit

2 Aug 2023 • 8:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, satu rakaman video tersebar mempamerkan ramai lelaki bergaduh membabitkan dua kumpulan di sebuah kedai makan di Pandan Indah, Ampang.

Ketika video itu tular, tidak dinyatakan punca berlaku pergaduhan besar sehingga mengganggu orang awam lain yang sedang makan di situ.

Terbaru, polis mengesahkan telah menahan lapan individu berusia antara 19 hingga 33 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden pergaduhan itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pergaduhan tersebut berpunca daripada tindakan sindir menyindir oleh salah satu daripada dua kumpulan kelab motosikal.

Satu kumpulan enggan bergabung dengan satu lagi sehingga berlaku sindir menyindir di TikTok membawa kepada pergaduhan di lokasi kejadian.”

Semakan turut mendapati dua daripada lapan individu yang ditahan itu mempunyai kesalahan lampau atas kes dadah dan jenayah.

Polis turut merampas topi keledar serta kerusi yang digunakan dan kes kini sedang dalam siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

"Ni Pun Boleh Buat Gaduh" - Wanita Berang Staf Starbucks Sorok Separuh Barangan Terhad BlackPink