‘Sindrom mak mak ni, sebak baca.’ Kongsi wajah anak yang kini 8 bulan, ramai puji wajah seiras Ernie Zakri!

Entertainment
28 Oct 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

CEPATNYA masa berlalu, terasa baru menerima khabar berita penyanyi Ernie Zakri melahirkan bayi sulungnya. Kini, bayi yang diberi nama Nur Khawla Soleha sudahpun memasuki usia 8 bulan.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, isteri kesayangan Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu memuat naik wajah terbaharu buah hati kesayangan mereka.

image is not available

Beberapa keping gambar si kecil dikongsikan untuk tatapan ramai. Pelbagai aksi dan gelagat Nur Khawla Soleha atau nama timangannya Khawla dirakamkan Erni.

Momen tersebut nyata menyentuh hati sang ibu. Menerusi kapsyennya, penyanyi Aku Cinta meluahkan isi hatinya, membuatkan ramai yang sebak dan terharu.

“Hari ini, Nur Khawla Soleha sudah memasuki usia 8 bulan. Sekejap saja kan? Selepas setahun, kemudian dua tahun. Selepas itu, Khawla masuk darjah satu, kemudian kolej.

image is not available

“Kemudian, Khawla kongsi cerita dengan ibu dan daddy, yang Khawla sudah ada teman lelaki.

“Siap bawa ke rumah untuk berjumpa. Pasti waktu itu, teman lelaki Khawla malu-malu jumpa ibu dan daddy untuk cakap nak kahwin,” ujar Ernie lagi.

SEBAK DAN TERHARU

Pada masa sama, selebriti tersebut mula membayangkan situasi yang bakal dilaluinya kelak apabila anak perempuannya itu sudah besar dan memiliki anak sendiri.

“Selepas itu, ibu ada cucu. Begitulah jauhnya ibu dan daddy berfikir untuk anak soleha seorang ini,” ungkapnya sambil mengakui ingin menangis ketika menulis kata-kata tersebut.

Pada masa sama, Ernie turut melahirkan rasa sebak dan terharu apabila melihat anak perempuan beliau semakin membesar.

image is not available

“Cepatnya Khawla membesar ya ALLAH. Tiada lain yang ibu mampu doa dan titipkan. Hanya mengharapkan Khawla menjadi umat manusia yang baik dan berbakti pada ibu bapa dan sekeliling. Amiin insya-ALLAH. My cheeky girl,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.

Perkongsian Ernie itu turut meraih komen daripada warga maya. Rata-rata memuji kecomelan wajah Khawla yang saling tidak tumpah seperti ibunya.

image is not available

Memetik kenyataan warga maya:

“Betul-betul copy paste wajah Ernie. Comelnya Nur Khawla Soleha ni. Masya-ALLAH.”

“Sindrom mak mak. Tengok anak itu, boleh sampai anak cucu.”

“Jauh betul ibu dia pergi. Happy 8 months Khawla Soleha.”

“Pejam celik pejam celik sudah boleh nyanyi sama-sama dengan ibu daddy.

“Macam muka mama Ernie zakri, comel dan cantik. Senyuman manis!

“Tengoklah firasat seorang ibu. Sampai ke cucu dia fikir! Apapun semoga Khawla membesar dengan sihat. Insya-ALLAH.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Sumber: Instagram erniezakri

SinarPlus pun terasa nak menangis juga. Begitulah perasaan seorang ibu kan. Sekelip mata anak-anak sudah membesar.

Semoga Khawla membesar menjadi insan terbaik di dunia dan di akhirat. Amin!

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi

 

 

View Original Article