Sinematografi Mengagumkan, Video Yoo Seung Ho Makan Mi Kolok Di Kuching Ini Bagai Tonton K-drama

16 Feb 2023 • 12:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mi Kolok jadi second lead actor dalam rancangan realiti Yoo Seung Ho.

Sinematografi Mengagumkan, Video Yoo Seung Ho Makan Mi Kolok Di Kuching Ini Bagai Tonton K-drama. Pada bulan Oktober tahun lepas, kecoh apabila K-drama Oppa kegemaran ramai datang ke Sarawak untuk membuat rancangan realiti berjudul ‘Off The Grid’.

Dalam rancangan reliti tersebut pelakon Korea yang terkenal di dalam drama ‘I’m Not A Robot’ ini mencuba pelbagai makanan masyarakat tempatan di Sarawak.

image is not available
Sinematografi Mengagumkan, Video Yoo Seung Ho Makan Mi Kolok Di Kuching Ini Bagai Tonton K-drama. Sumber foto: Tangkap layar dari Facebook Dr Sim Kui Hian

Antara makanan yang sudah dicuba Seung Ho

Antara makanan yang sempat dicuba oleh Yoo Seung Ho termasuk Aiskrim Gula Apong, Makanan Laut yang terkenal di Sarawak, Pisang Goreng serta Mi Kolok!

Rancangan tersebut mulai menempa namanya dikalangan orang ramai sehingga timbalan Premier Sarawak sendiri berkongsi klip video dari rancangan realiti ‘Off The Grid’ tersebut.

Walaupun ramai yang sudah melihat video Seung Ho menikmati mi kolok tersebut, namun apa yang menarik mengenai klip video tersebut adalah sinematografinya yang mengagumkan!

image is not available
Sumber foto: Tangkap layar dari Facebook Dr Sim Kui Hian

Sinematografi top notch bagai tonton K-drama

Jika anda milhat klip dari rancangan realiti tersebut, anda boleh melihat betapa indahnya gambaran Bandaraya Kuching dalam lensa kamera rancangan realiti berkenaan.

Selain daripada sinematografinya yang top notch dan aesthetic itu, dalam masa yang sama mi kolok telah menjadi second main lead dalam rancangan realiti ini. Kalau anda biasa menonton K-drama, anda akan melihat persamaan rancangan realiti ini dengan K-drama di luar sana.

Setakat ini, ini merupakan klip video menggambarkan mi Kolok serta Bandaraya Kuching yang paling sinematik dan mengagumkan pernah min lihat!

Ketahui lebih lanjut lagi mengenai penggambaran Yoo Seung Ho di Sarawak di sini: